<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6268487116956548848\x26blogName\x3dAbsit+Invidia\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://butabanasaurus.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://butabanasaurus.blogspot.com/\x26vt\x3d9198394895490900188', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

 

 

Friday, 17 December 2010

[ ..sudah lah.. ]

Pada suatu ketika dalam hidup saya, Bahasa Melayu adalah bahasa yang saya paling kuasai. Sebenar-benarnya, bahasa Melayu saya lebih baik daripada Bahasa Inggeris saya. Tetapi, tidak boleh menafikan yang bahasa Melayu saya sudah tidak sebagus jika dibandingkan dengan masa ketika saya berumur 12 hingga 17. Masa saya masih bercermin mata ke sekolah.


Saya mengaku bahawa bahasa Melayu saya sudah meroyak dalam beberapa tahun ini. *berkeluh* Saya berasa teramat sedih dengan kenyataan ini. Itulah padahnya tidak menggunakan bahasa Melayu untuk berhubungan dengan sesiapa dan juga tidak menulis dalam bahasa melayu lagi.

Saya berasa sangat duka cita pada kehilangan kemahiran ini. Saya masih ingat pada masa darjah enam semasa saya dapat A untuk karangan and penulisan saya dalam UPSR. Saya juga ingat masa saya dapat A dan A2 untuk PMR dan SPM saya. Masa itu adalah masa kebanggaan saya.

Saya masih ingat masa saya pergi ke Khidmat Negara, kawan-kawan di situ mesti tanya apakah result saya untuk SPM. Bila saya tersebut yang bahasa Melayu saya dapat A2, semua berbunyi nafas tertahan kerana mereka semua dapat C dan D untuk bahasa ibunda mereka. Dan mereka asyik beritahu saya yang cara saya berbicara dalam bahasa Melayu, kalau tidak nampak muka saya, mereka mesti ingat saya ini orang Melayu juga.


Lama-kelamaan, selepas menjemur matahari setiap hari di perkhemahan situ, mereka pakaikan tudung untuk saya dan suruh saya masuk surau dengan mereka. Ya allah, budak-budak di situ sudah jemur sampai tidak waras dah tu. (maafkan saya dengan pengunaan perkataan 'allah'.)

Walau bagaimana pun, masa kegemilangan saya sudah pun lalu. Hanya kadang-kala, saya akan terfikir akan pilihan-pilihan yang saya buat masa dulu, jika diputuskan yang sebaliknya, akan kah saya masih fasih dalam bahasa Melayu?

Jikalau saya tidak memilih jalan yang saya telah pilih semasa saya berumur 16, adakah kemungkinannya saya adalah seorang wartawan untuk surat khabar Melayu dan bukan untuk surat khabar Inggeris?

*Berkeluh lagi* Pada siang malam sebegini lah, saya terfikir akan pasal sejarah hidup saya yang telah berlalu ini. Saya hanya berharap yang kemahiran saya dalam bahasa Melayu tidak akan menjadi lebih buruk lagi.

Saya tidak ingin mensia-siakan pengajaran Cikgu Redzawan yang telah mengajar saya bagaimana bertutur dan menulis bahasa Melayu semenjak saya berumur 13 belas tahun. Saya ingin berterima kasih kepada dia. Saya tidak akan lupa pada gelagak dia dan jenaka yang dia buat dalam lima tahun semasa dalam kelas bimbingan beliau. Dia adalah guru kedua yang saya paling hormati dalam hidup saya. Pertama ialah guru bahasa Inggeris saya yang telah mengubah hidup saya.

Sedang berborak dengan isteri guna telefon bimbit. Biasalah tu ya, Cikgu!

Kepada, Cikgu Redzawan, terima kasih dan saya berasa amat bersyukur dan beruntung kerana mempunyai cikgu yang paling kelakar di hidup saya.

Suwa.

p.s.: saya ingin menggunakan suratan ini untul menunjukkan bahawa bahasa melayu tampak indah tanpa pengalihan bahasa terus dari bahasa Inggeris, kerana saya tidak menggunakan perkataan seperti komunikasi. Hargailah bahasa Melayu seasli-aslinya.

p.p.s.: saya masih sangat berminat dan suka pada bahasa Melayu!!! Saya harus memperbaiki pertuturan dan penulisan saya! Terima kasih kerana sudi membaca suratan ini!

:: stitched on` ::*|02:54|

:: [0] care[s] ::

--------------------------------------------------------

Newer›  ‹Older



:: ..it is me.. ::
--------------------------------------
suwas.jpg
Ailurophile. Irascible. Desultory. Furtive.

Me

:: ..Type Here.. ::
--------------------------------------


:: ..pages i stalk.. ::
---------------------------------------
..queen of mushrooms..
..best page on earth..


:: ..Tick Tock.. :: --------------------------------------

:: ..Calender 2013.. ::

June
---------------------------------------




::..Wishes.. ::
--------------------------------------
~ eternal financial stability, bitch
~ Tokyo solo 2013
~ to Japan, I go for second time!
~ to Japan, I go!
~ Canon G12
~ Superheadz Ultra Wide and Slim!
~ Superheadz Golden Half!
~ new camera!
~ a studio home
~ publish a novel/short stories compilation


:: ..Crédits.. ::
--------------------------------------
Blog Désign: Michiika
Photo: SuuwaXSupatenshi